Sepintas lalu Windows_Me

Sebagai pengganti kepada Windows 95 dan Windows 98, Windows Me dipasarkan sebagai "edisi pengguna rumah" bagi Windows 2000 yang dilancarkan 2 bulan sebelumnya. Ia disertakan dengan perisian Internet Explorer 5.5, Windows Media Player 7, dan Windows Movie Maker, sebuah perisian suntingan video asas yang ringkas dan mudah digunakan. Selain itu, antaramuka Windows Me juga direkabentuk bagi menyerupai Windows 2000.

Windows Me ialah versi terakhir bagi keluarga sistem pengendalian Windows 9x, manakala penggantinya iaitu Windows XP Home Edition pula menggunakan senibina Windows NT. Tidak seperti versi-versi Windows 9x yang terdahulu, capaian terhadap mod sebenar MS-DOS disekat bagi proses but yang lebih pantas. Hasilnya, sesetengah program MS-DOS yang perlu dijalankan dalam mod sebenar tidak dapat dijalankan dalam Windows Me.

Windows Me mempunyai jangka hayat yang paling pendek berbanding versi-versi Windows yang lain; ia digantikan dengan Windows XP yang dilancarkan pada 25 Oktober 2001.